Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pelakon Wanita Buka Pekung Sesama Artis, Budak Ijat Anggap Dia ‘Lapar Perhatian’

Budak Ijat

Pengarah drama terkenal, Shahrulezad ataupun lebih mesra dikenali sebagai Budak Ijat meluahkan rasa kecewa dengan sikap seorang aktres yang tampil menjaja cerita buruk tentang apa yang telah berlaku menerusi aplikasi TikTok.

Meskipun tidak mendedahkan siapa identiti pelakon wanita itu, Shahrulezad berkata tindakan tersebut seolah-olah membuka aib keluarga sendiri.

Advertisement

Ujarnya lagi, perbuatan sedemikian juga seperti mencurah minyak ke dalam api kerana membuatkan industri seni hiburan kelihatan buruk sehingga menimbulkan kebencian sesama kalangan artis.

Perkara tersebut diluahkan pengarah drama Takdir Yang Tertulis itu menerusia sebuah hantaran di Instagram miliknya, baru-baru ini.

Katanya lagi, perkongsian TikTok artis wanita berkenaan dijadikan bahan mengutuk perangai artis dan kisah-kisah tidak enak semasa di set penggambaran sebagai bahan tarikan dan perhatian netizen.

Dalam pada itu, dia juga berharap agar aktres tersebut berhenti berkongsi mengenai perkara seperti itu di laman sosial.

“Apa motif dia kongsikan perkara itu kepada umum? Dia nak jadi content creator ke pelakon? Dia tak sedar ke apa yang dia buat itu sebenarnya menutup periuk nasinya sendiri.” tulisnya lagi di ruangan kapsyen hantaran tersebut.

Shahrulezad juga memberi kenyataan untuk tidak sesekali bekerjasama dengan artis seperti itu kerana bimbang dijadikan bahan kutukan dan disebarkan kepada orang ramai.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    July 1, 2021 at 9:58 am

    budak ijat ni pun sama spisis dengan si caprice tu jugak. jenis semua benda yang tengah viral nak di bagi pendapat dua ploh sen dia tu. sejenis batak perhatian jugak. kp tu pengarah ke social media influencer? kalau pengarah buat cara pengarah, tolong separatekan perangai batak like ko tu dengan profession ko

  2. Momo

    July 1, 2021 at 4:01 am

    Rasanye si AA tu tk de mention spe2 pun kt tiktok dia.

  3. Anonymous

    June 30, 2021 at 7:45 pm

    Budak POYO…..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top