Hajat Tak Kesampaian, Uqasha Senrose Dedah Siti Sarah Nak Menyanyi Percuma Di Majlis Resepsi Kahwin Nanti

Hiburan

Hajat Tak Kesampaian, Uqasha Senrose Dedah Siti Sarah Nak Menyanyi Percuma Di Majlis Resepsi Kahwin Nanti

Bakal mendirikan mahligai bahagia tidak lama lagi bersama jejaka pilihan, pelakon Uqasha Senrose ada meluahkan rasa terkilan apabila hajat Allahyarhamah Siti Sarah untuk membuat persembahan nyanyian di majlis resepsinya nanti tidak kesampaian.

Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen,29, berkongsikan luahan sedihnya itu menerusi sebuah hantaran di media sosial Instagram, hari ini.

Advertisement

Uqasha Senrose
3 years ago

"Amboi Sampai Bengkok Tiang.." Uqasha Senrose Curi Perhatian, Sunting Foto Keterlaluan

Kata Uqasha, dia berasa sangat sukar untuk menerima berita pemergian Siti Sarah kerana arwah seorang yang sangaat baik.

“Kak Sarah janji nak menyanyi di wedding Sha (Uqasha)..” tulisnya di hantaran Instagram tersebut.

Dalam pada itu, Uqasha turut mendedahkan tarikh majlis resepsinya yang sepatutnya berlangsung pada 19 Jun lalu di Genting namun terpaksa membatalkannya akibat pandemik COVID-19.

Dalam tangkap layar tersebut, arwah Siti Sarah memberitahu bahawa dia ingin menyanyi secara percuma di majlis perkahwinan tersebut tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Tanggal 9 Ogos 2021 jam 5.13 pagi, Siti Sarah Raisuddin menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas ditidurkan pada 4 Ogos lalu.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu dimasukkan ke hospital selepas mengalami batuk teruk dan kekurangan oksigen dalam badan akibat jangkitan COVID-19.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...