Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Amboi Sampai Bengkok Tiang..” Uqasha Senrose Curi Perhatian, Sunting Foto Keterlaluan

Uqasha Senrose

Pelakon Uqasha Senrose sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila dia membuat suntingan keterlaluan pada foto bersama kekasih hati, Kamal Adli di Instagram, baru-baru ini.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen,29, dilihat telah menyunting bahagian pinggulnya sehingga membuat garisan dinding di sebelah turut sama membengkok.

Advertisement

Dia yang sebelum ini pernah dikritik kerana menyunting bahagian tubuh badan dalam beberapa keping foto nampaknya sekali lagi mengundang cakap-cakap netizen.

BACA: “PKP Pun Awak Masih Buat Effort..” – Uqasha Senrose Terharu Terima Kejutan Dari Tunang

Menjengah ruangan komen, peminat dilihat tampil mengusik Uqasha Senrose dan memberi sedikit pendapat mengenai suntingan tersebut.

Malah, ada yang ingin membantu pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu membuat suntingan foto yang lebih baik dan tidak meninggalkan kesan ketara.

“Saya boleh tolong sunting kan lain kali..” tulis seorang peminat di ruangan komen.

Terdahulu, Uqasha ada ditegur netizen selepas berkongsi foto yang disunting secara keterlaluan pada majlis ulang tahun kelahirannya yang ke-28.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. tecit

    July 14, 2021 at 11:20 am

    someone needs to tell her shes already beautiful the way she is.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top