Pelakon dan usahawan, Ben Ali akhirnya dapat membawa kedua ibu bapanya melihat sendiri kiosk pertama jenama popular usahanya bersama isteri iaitu Absolut Chocolat di pusat membeli-belah terkenal, Mid Valley.
Suami kepada pelakon dan model, Nadiya Shahab itu memberitahu bahawa perkara tersebut hanya berjaya dilakukan sejurus selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Nak bawa Ayah dan Ibu datang masa buka 2 bulan lepas tapi tak boleh rentas negeri.
Perkara tersebut turut dikongsikan Ben menerusi sebuah hantaran di Instagram termasuk beberapa keping foto dirinya bersama ibu dan ayahnya ketika mereka pergi ke kiosk tersebut.
Menurut Ben dalam kepsyen hantaran itu, dia masih ingat lagi sewaktu Mid Valley baru dibuka dan ayahnya pernah membawa dia pergi jalan-jalan di situ sewaktu masih kecil.
Tambah bekas finalis Hero Remaja sezaman dengan Fattah Amin itu, dia turut berazam untuk membuka beberapa lagi kiosk lain di tempat yang pernah memberi makna buat mereka sekeluarga.
InshaAllah, selagi ada rezeki. E (Ben) akan buka dekat semua tempat yang Ayah dan Ibu pernah bawa E pergi dulu.
Ben atau nama sebenarnya Nur Ali Nadzwan juga mengharapkan agar pembukaan kiosk baru Absolut Chocolat di tempat lain dapat memberi manfaat kepada semua orang.
Terdahulu, Ben yang juga Pengarah Urusan Absolut Chocolat pernah memberitahu bahawa dia memasang hajat untuk memasuki pasaran ‘offline’ dengan menyasarkan kesemua pasar raya terkemuka sekitar Lembah Klang.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.