Haiwan Turut Tidak Ketinggalan, Harimau Dan Orang Utan Diberi Dos Kedua Vaksin COVID-19

Berita

Haiwan Turut Tidak Ketinggalan, Harimau Dan Orang Utan Diberi Dos Kedua Vaksin COVID-19

Bukan sahaja manusia, malah haiwan dan binatang turut tidak ketinggalan untuk disuntik vaksin COVID-19 berikutan wabak tersebut boleh menjangkiti hidupan lain selain manusia.

Di Zoo Chile,Santiago, spesis terancam seperti Harimau Bengal, Charly dan Orang Utan Borneo, Sandai dilaporkan telah selamat menerima vaksin COVID-19 dos kedua berikutan keduanya tergolong dalam spesis yang dianggap berisiko tinggi dijangkiti COVID-19.

Advertisement
Buin Zoo ChileSumber : Sumber AFP  

Selain Charly yang kini berusia 3 tahun dan Sandai ,26, tiga ekor singa , dua harimau dan tiga ekor Puma juga telah disuntik pelali yang sama pada awal minggu lalu.

Meskipun ianya dilakukan atas kapasiti vaksin eksperimen yang dibangunkan khas untuk haiwan-haiwan itu, ia walau bagaimanapun belum tersedia untuk dijual.

Buin Zoo Chile

Ujar Ketua Jabatan Veterinar Zoo Buin, Sebastian Celis, objektif suntikan vaksin tersebut adalah untuk menguji sama ada pelali itu dapat menjana imuniti dan berapa lamakah ia akan dapat bertahan.

Dalam pada itu, beberapa zoo di Amerika Syarikat telah mengumumkan kempen vaksinasi untuk populasi haiwan mereka.

Manakala Zoo Buin merupakan satu-satunya zoo di negara Amerika Selatan yang memulakan vaksinasi terhadap populasi haiwan mereka di sana, seperti laporan New Straits Time.

Covid death
3 years ago

Bekas Pesakit COVID-19 Tahap Serius Berdepan Risiko Kematian Dalam Tempoh Setahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...