Seorang pempegaruh popular baru-baru ini ada memuat naik foto di Instagram memaparkan dirinya serta suami memberi susu kepada seekor harimau dan anak singa.
Difahamkan, aktiviti tersebut dilakukan sebagai hadiah hari jadi daripada suami buat influencer tersebut.
Biarpun kelihatan amat bahagia memberi susu kepada harimau serta anak singa itu, hantaran tersebut telah mendatangkan rasa kurang daripada kalangan netizen.
Kebanyakkan netizen merasakan influencer itu kurang pengetahuan soal penderaan haiwan kerana dia didakwa begitu gembira melakukan aktiviti tanpa rasa serba salah.
Dalam pada itu, ada beberapa netizen memberitahu bahawa haiwan-haiwan tersebut telah dianiaya dengan kejam, lagi-lagi jika berada di Thailand.
Walaupun di ruangan komen hantaran tersebut sudah dipenuhi dengan komen-komen tidak puas hati daripada netizen, pempegaruh terbabit masih belum mengambil tindakan memadam gambar tersebut dari laman Instagramnya.