‘Influencer’ Makan Banyak Pil ‘Supplement’, Netizen Persoal – “Tak Bahaya Ke Buah Pinggang?”

Kehidupan

‘Influencer’ Makan Banyak Pil ‘Supplement’, Netizen Persoal – “Tak Bahaya Ke Buah Pinggang?”

Pempengaruh media sosial, Nurin Afiqah memuat naik sebuah hantaran video di laman TikToknya baru-baru ini, berkongsi jenis-jenis pil ‘supplement’ yang diambilnya pada setiap hari.

Menerusi video tersebut, jurulatih zumba itu menunjukkan dia mengambil pil kecantikan diri seperti sunblock, vitamin c, penghidratan kulit dan sebagainya.

Advertisement

Malah, Nurin turut dilihat menelan kesemua pil berkenaan dalam satu masa dengan sekali teguk air minuman.

Beauty is expensive.

@nurinafiqaaah

Beauty is expensive

? original sound – @nurinafiqaaah – @nurinafiqaaah

Bagaimanapun, perkongsian video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial sehingga meraih 336.6K tontonan, 17.6K komen, dan 691 komen di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga net meluah rasa bimbang mengenai kesan sampingan pada kesihatan Nurin gara-gara mengambil pil kecantikan dalam quantiti yang banyak.

Malah, ada juga segelintir pihak yang mempersoalkan sama ada pil-pil tersebut boleh merosakkan buah pinggang pempengaruh berusia 26 tahun itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Sakit Ingat Tuhan Bang" - Lelaki Naik 'Wheelchair' Ikut Menari 'Mosh', Siap Dilambung Tengah Konsert

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...