Hafreez Adam & Izreen Azminda Akui Rapat Bersama

Hiburan

Hafreez Adam & Izreen Azminda Akui Rapat Bersama

Izreen Azminda nampaknya tidak boleh lari dari kontroversi setiap kali beliau kelihatan bergambar dengan mana-mana lelaki. Baru sahaja didakwa konon wujudnya cinta lokasi bersama Fahrin Ahmad, kini gosip beliau bersama aktor baharu Hafreez Adam mula timbul kembali.

Menurut aktor yang berjaya merangkul anugerah Aktor Baru Lelaki Popular di ABPBH 2014, Hafreez mengakui rapat bersama Izreen dan hubungan mereka hanya sekadar kawan.

Advertisement

Saya memang tak akan jawab soalan peribadi. Tetapi dengan Izreen kami kawanlah. Mula kenal kerana kelab peminat masing-masing. Kebetulan ada dalam kalangan peminat memang meminati sesama kami sehingga menganjurkan acara bersama.

Tak sangka pula selepas acara itu, kami ditawarkan berlakon bersama dalam telefilem 5 Kali Cinta. Saya rapat dengan dia dan menyenangi sikapnya.

Sebagai pelakon yang lebih berpengalaman, Izreen juga sering memberikan nasihat serta tunjuk ajar agar Hafreez memperbaiki mutu lakonannya pada masa akan datang.

Dia pelakon senior yang sentiasa memberi tunjuk ajar, berkongsi ilmu dan nasihat.


Sejak bergelar janda, ada sahaja nama artis lelaki yang dikaitkan dengan Izreen Azminda. Kadang-kala tidak boleh salahkan peminat juga, foto-foto yang dimuat naik boleh mendatangkan pelbagai spekulasi.  Kalau tiada gambar ala-ala manja bersama aktor lelaki, tiadalah kontroversi.

Sumber Berita: Berita Harian

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...