Written by Bella | April 1st, 2015

Kalau sebut sahaja nama Izreen Azminda pasti sahaja kisah percintaan aktres ini menjadi bualan ramai. Semenjak beliau bercerai beberapa artis lelaki sering dikaitkan dengan wanita tersebut, antaranya Amar Baharin dan seorang lagi pelakon baru Nazrief Nazri.

Terbaru, terdapat khabar angin mengatakan beliau kini  sedang menjalinkan cinta lokasi bersama aktor Fahrin Ahmad apabila beberapa foto mesra mereka dimuat naik di laman Instagram.

Izreen yang sedang bekerjasama dengan Fahrin bagi menjayakan drama Eksperimen Cinta bagaimanapun menafikan mereka sedang bercinta.

Tak adalah. Mana ada bercinta. Sekadar kawan seperjuangan. Dia rakan kerja dan pelakon senior yang bagus. Memang kawan sahajalah.

Kalau dilihat pada foto-foto ini memang mesra Fahrin dengan Izreen, mana tahu mungkin cinta boleh berputik. Iyalah, Fahrin pun dah lama membujang ye dak? Hehe..tapi bak kata orang lelaki ni kalau makin tua makin laku, betul ke?

Kredit Foto: Instagram Izreen Azminda

Lagi beberapa foto aksi mesra Fahrin Ahmad dan Izreen Azminda dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Comments are closed.