Tentu ada yang masih ingat dengan kemelut rumah tangga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa yang berakhir dengan penceraian selepas timbulnya pelbagai dakwaan daripada pihak bekas isterinya. Boleh kata,ibarat drama jugalah kisah mereka ini sehingga menjadi perhatian netizen.
Buat Hafiz apa yang berlaku cukup mencabar dirinya pada tahun ini tetapi beliau menganggap ia satu pengajaran dalam hidup. Memerlukan masa untuk melupakan segala kenangan pahit, Hafiz bagaimanapun tidak serik untuk berkahwin lagi.
Perancangan untuk berumahtangga berjaya namun tidak seindah yang dijangka. Walaupun saya cuba sedaya upaya untuk menyelamatkannya, ia berakhir dengan keadaan yang rumit. Saya tidak menyalahkan sesiapa tetapi apa yang berlaku menjadi pengajaran buat diri saya. Beri saya tempoh setahun dua untuk melupakan episod hitam ini. Jodoh dan rezeki semua adalah di luar kuasa saya. Biar saya perbetulkan hidup saya semula. Kalau jodoh datang, siapa saya untuk menolaknya.
Kita tidak boleh mengubah apa yang terjadi di masa silam dan sememangnya lebih baik untuk meneruskan hidup daripada mengenangkan segala episod hitam yang berlaku. InshaAllah, ada jodoh Hafiz nanti.