October 25th, 2017

Kemelut yang melanda rumahtangga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa akhirnya berakhir dengan penceraian hari ini. Hafiz Hamidun telah melafazkan cerai talak satu terhadap Joy di di hadapan Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shukran Yusof. Mahkamah memaklumkan, talak satu ‘ba-in sugrha’ itu dijatuhkan kerana pasangan berkenaan tidak pernah melakukan hubungan kelamin. Mahkamah juga memerintahkan tiada tuntutan daripada kedua-dua belah pihak selepas mereka bersetuju untuk tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh perkahwinan.

hafiz hamidun joy revfa cerai

Untuk makluman, tiada tempoh edah tempoh edah bagi perceraian ‘ba-in Sugrha’ ini kerana pasangan berkenaan tidak melakukan hubungan kelamin dan mereka tidak boleh rujuk kecuali melalui proses akad nikah semula. Kata Hafiz Hamidun selepas sah penceraian tersebut:-

Akhirnya selesai selepas perjalanan krisis ini yang panjang ini. Saya maafkan dia dan semua yang telah berlaku kerana sebagai manusia saya juga tidak lari dari kesilapan

joy hafizSementara itu Joy Revfa pula memaklumkan berasa lega dan ingin fokus kepada anak dan perniagaan selepas episod duka di dalam kehidupannya ini. Semoga kedua-dua bekas suami isteri dapat meneruskan kehidupan masing-masing dengan lebih baik di masa hadapan. Sumber Mstar Online.


Comments are closed.

Loading...