Hadir Majlis Pertunangan Shuib Dan Watie, Makder Jawab Isu Cepat ‘Move On’ – “Bapa Sarah Yang Mengajar Kami..”

Hiburan

Hadir Majlis Pertunangan Shuib Dan Watie, Makder Jawab Isu Cepat ‘Move On’ – “Bapa Sarah Yang Mengajar Kami..”

Ibu kepada Allahyarhamah Siti Sarah, Siti Fatimah atau lebih dikenali sebagai Makder tampil menjawab isu yang diperkatakan netizen mengenai dakwaan Shuib yang dikatakan terlalu cepat ‘move on’.

Makder dan suami, Raisuddin Hamzah juga dilihat hadir ke majlis malam berinai dan pertunangan Shuib dan Watie baru-baru ini.

Advertisement

Ujar Makder seperti yang dirakam dalam sebuah video bersama pensohor media sosial Andika Putera ini, bapa arwah Siti Sarah banyak memberi nasihat untuk terus melangkah ke hadapan.

Semua ini daripada abah Siti Sarah juga. Semua orang tahu arwah daripada kecil memang rapat dengan abah dia. Orang yang paling terkesan mestilah abah dia.

Yang banyak mengajar untuk kami semua untuk cepat move on ni ialah bapa Siti Sarah, Raisuddin. Abad dia pernah cakap juga dia (Sarah) sekarang ada di tempat palin tertinggi, susah nak dapat.

Menjelaskan kehadirannya dalam majlis pertunangan Shuib itu, Makder mendedahkan bahawa bapa Siti Sarah sendiri yang berjanji akan bantu masuk meminang sekiranya Shuib sendiri telah berjumpa pengganti anaknya.

Raisuddin sendiri yang dah janji. “Kalau ada bagi tahu abah, abah yang akan masuk minang’ katanya, dia (Raisuddin) tak terkilan, okay saja.

Sekadar info, pasangan Shuib dan Watie bakal mendirikan rumah tangga pada 23 Jun ini dan turut menerima tajaan perkahwinan lebih RM1 juta ringgit.

Syamsul Yusof Ira Kaza
2 years ago

Datin Patimah Terima Foto Aib Punca Tekanan, Penyebab Syamsul & Ira Kazar Fail Saman Terhadap JAWI

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...