Sebelum ini, pelakon Fatin Afeefa ditemani suami barunya, Aliff Awang ketika hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk perbicaraan pertama berhubung hak penjagaan anaknya, Ivy Herra Sophia yang difailkan oleh bekas suami, Adam Shahz.
Namun, apa yang menjadi perhatian netizen apabila Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai dilihat memuat naik video di laman TikTok seolah-olah memerli bekas suami Fatin.
Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.
Tampil memberi respon, Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli bin Abdol Ghani berkata dia tidak mengetahui tentang video tersebut sehingga dikirimkan oleh seseorang kepadanya.
Saya sebenarnya tak tahu pasal video tu sampai orang yang hantar pada saya. Itu pun lepas saya balik dari mahkamah.
Menurut pelakon berusia 41 tahun itu, dia tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut dan memilih untuk mendiamkan diri.
Saya pun tak tahu nak komen apa sebab saya rasa lebih baik saya berdiam diri saja.
Dalam pada itu, Adam mengakui sudah lali diperlakukan sebegitu selepas hampir 5 tahun menjadi bekas suami kepada Fatin.
Selama 5 tahun berpisah dengan Fatin pun banyak perkara dah berlaku sampai saya dah lali. Jadi apa lah sangat yang suami dia buat pada saya ni.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.