“Over! Macam Budak-Budak” – Sempat Perli Adam Shahz Di Mahkamah, Suami Fatin Afeefa Teruk Dikecam

Hiburan

“Over! Macam Budak-Budak” – Sempat Perli Adam Shahz Di Mahkamah, Suami Fatin Afeefa Teruk Dikecam

Sedia maklum, kes perebutan hak penjagaan anak di antara pelakon Adam Shahz dan bekas isteri, Fatin Afeefa boleh dikatakan masih belum dapat kata putusnya lagi.

Malah, semalam sewaktu hadir ke perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, kedua-duanya gagal mencapai kata sepakat berhubung hak penjagaan anak perempuan, Ivy Herra Sophia dan menyebabkan ia kes tersebut disambung pada 28 Februari.

Advertisement

Biarpun hal ini berlaku di antara mereka berdua, namun suami baru pelakon wanita tersebut iaitu Aliff Awang ada memuat naik video seolah-olah memerli Adam untuk memakai akalnya.

suami fatin afeefa

Sudah semestinya video berkenaan meraih perhatian netizen dan rata-rata ‘terkejut’ melihat keberanian Aliff atau mesra dikenali sebagai Opai itu memerli bekas suami isterinya serta ada juga merasakan tindakan tersebut seperti kebudak-budakan.

Biarpun video terbabit sudah pun di padam oleh tuan empunya badan, melalui laporan mStar, ini merupakan beberapa komen yang di tinggalkan oleh netizen:

Over! Macam budak-budak.

Bang jangan jujur sangat, tak terbayang kalau dia tengok video ni. Tak takut ke?

Berani dia gula-gulakan member depan mata.

Dalam pada masa yang sama, Opai turut ada membalas beberapa komen netizen bahawa dirinya tidak berasa gentar dengan mengambil tindakan sedemikian.

Sekadar info, Fatin Afeefa dan Aliff Awang telah mendirikan rumah tangga bersama pada tanggal 30 Disember tahun lalu di dalam sebuah majlis tertutup.

suami fatin afeefa
1 year ago

"Gunakan Akal Seolah-Olah Nyawa Anda Bergantung Kepadanya" - Suami Fatin Afeefa Sempat Perli Adam Shahz?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...