Penyanyi Beby Acha tampil menjawab dakwaan serta kecaman peminat mengenai muzik video lagu terbarunya, Jerung Merah yang dikatakan mempunyai elemen lucah dan tidak senonoh.
Kata Beby Acha atau nama sebenarnya Nur Aishah Md Shari yang juga adik kepada Allahyarham Achik Spin ini, dia tidak boleh menghalang pemikiran orang termasuklah ke arah yang negatif.
Ini berikutan beberapa babak muzik video lagu tersebut yang menggunakan buah pisang sebagai props sekaligus mengundang spekulasi peminat.
Jelas Beby Acha, dia sama sekali tidak mengetahui babak dan jalan cerita yang ditampilkan dalam muzik video Jerung Merah tersebut.
Saya cuma tahu lagu ini menceritakan ragam suami isteri di mana isterinya mengamuk disebabkan suaminya suka main kayu tiga.
Semasa hari pertama penggambaran barulah saya dapat tahu jalan ceritanya begini. Pada saya ia okay saja. Ini kerana pemikiran setiap orang berbeza dan ada yang pandang ia biasa saja.
Meskipun baru seminggu dilancarkan di saluran YouTube MVM Music, Beby Acha mengakui dia sudah menerima banyak kecaman daripada netizen.
Mereka kata muzik video ini ke arah ‘soft porn’. Kalau fikiran mereka ke arah lain kita tak boleh buat apa. Pada saya ibaratnya macam benda itu makanan saja. Tidaklah saya fikir ke arah lain sebab pisang atau apa.
Dia dalam pada itu mengambil kesempatan untuk meminta maaf kepada mereka yang terkesan dengan penerbitan muzik video Jerung Merah itu.
Sekadar info, muzik video lagu nyanyian Beby Acha itu telah meraih 600,000 tontonan setelah ia dilancarkan di saluran YouTube MVM Music.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
tecit
November 5, 2021 at 11:02 am
amik si nizam tu plak tu. dah kompom2 nizam tu mmg femes kt tiktok die punye soft porn tu.
Anonymous
November 5, 2021 at 8:30 am
MOGAH X KETUAN… XTAU MALU SUME ANK2 DARA. DUNIA AKHIR ZAMAN BWK2 LA BUAT2 BENDE YG MOLEK2
Anonymous
November 4, 2021 at 11:02 am
Adik arwAh achik spin.. omG.. Tajul kau tak nak tagur ke kakak/ adik kau ne.. takde bakat. Sampah
Noor Salfarinah Pastel
November 3, 2021 at 8:21 pm
SEMEMANGNYA SAMPAH DAN MEREPEK!!