Guna Air Paip Pada Kit Ujian Kendiri Boleh Positif? Ini Jawapan Doktor

Kehidupan

Guna Air Paip Pada Kit Ujian Kendiri Boleh Positif? Ini Jawapan Doktor

Baru-baru ini tular di laman Facebook, video memaparkan seorang pengguna yang membuat uji kaji dengan menggunakan ujian kit kendiri dengan air paip.

Advertisement

Keputusan pada ujian itu adalah positif dan membuatkan orang ramai cuak dan tertanya-tanya akan kesahihan kit ujian tersebut apabila guna air paip sahaja boleh beri keputusan yang positif.

Bagi menjawab persoalan orang ramai, Pakar Kesihatan Pekerjaan, Kecemasan dan Kesihatan Awam, Dr Hanafiah Bashirun berkata pengguna perlu membeli kit ujian kendiri Covid-19 yang disarakan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan keputusan yang tepat dan sahih.

ftimage

Ada banyak kit ujian itu yang murah dan palsu di pasaran sekarang. Jika kit ujian kendiri COVID-19 palsu, buat ujian terhadap air longkang sekalipun mungkin keputusannya positif.

Jelas Dr Hanafiah, hanya kit ujian kendiri Covid-19 yang asli dapat bertindak balas dengan air liur dan antibodi dalam sampel air liur yang diambil. Ini kerana, memang ada kit ujian kendiri yang tidak memberi keputusan yang sahih jika tidak mendapat kelulusan KKM.

Menurutnya lagi, harga kit ujian kendiri COVID-19 kini sudah murah, hanya RM6.90. Jadi, pengguna disarankan untuk mendapatkan kit ujian kendiri yang disarankan KKM.

Bezza Myvi
2 years ago

(VIDEO) "Salah Siapa?"- Netizen Kecam Pemandu Myvi Lari Selepas Langgar Bezza

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...