(VIDEO) “Salah Siapa?”- Netizen Kecam Pemandu Myvi Lari Selepas Langgar Bezza

Kehidupan

(VIDEO) “Salah Siapa?”- Netizen Kecam Pemandu Myvi Lari Selepas Langgar Bezza

Sebagai pengguna jalan raya yang berhemah, kita perlulah memastikan kenderaan berada di atas lorong yang betul agar tidak menimbulkan masalah serta menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Baru-baru ini tular di media sosial Facebook apabila seorang pemandu telah berjaya merakam ‘king of the road’ iaitu Myvi yang telah bergerak ke hadapan lalu merempuh Bezza yang mahu membelok ke simpang kanan jalan.

Advertisement

Kedua-dua buah kenderaan itu kemudiannya berhenti di tepi jalan dan beritkam lidah mengenai kejadian itu namun ditenangkan oleh pemilik ‘dashcam’ yang berjaya merakam insiden tersebut.

Yang lebih menarik perhatian adalah apabila ketika pemilik dashcam selaku saksi itu turun dan menunjukkan rakaman kejadian perlanggaran yang melibatkan kedua-dua kenderaan terbabit kepada pemandu Bezza, secara tiba-tiba sahaj pemandu Myvi itu menuju ke keretanya dan dipercayai lari meninggalkan tempat kejadian.

Myvi langgar bezzaSumber : Facebook 

Sehubungan dengan itu, ramai netizen yang melihat video tersebut meluahkan rasa geram dan bengang berikutan tindakan tidak bertanggungjawab pemandu Myvi tersebut yang membuat beberapa kesalahan jalan raya seperti duduk di lorong yang salah, tidak memberi signal dan akhir sekali bersikap biadap apabila ‘melarikan diri’ dari tempat kejadian.

Pemandu Myvi tersebut pada awalnya seperti mahu bertelagah dan menegakkan benang yang basah namun dia memilih untuk cabut lari dahulu nampaknya.

Apa-apapun, diharap kejadian akan mendapat pengadilan sewajarnya memandangkan bukti kejadian tersebut sempat dirakam oleh saksi kejadian.

Pemandu tunjuk gari
2 years ago

(VIDEO) Tukar Lorong Cara Biadap, Pemandu Berlagak Tunjuk Gari Dari Dalam Kereta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...