GSF: “Saya Telah Dibawa Secara Paksa Oleh IDF” – Kapal Dinaiki Haroqs Pula Ditahan

Trending

GSF: “Saya Telah Dibawa Secara Paksa Oleh IDF” – Kapal Dinaiki Haroqs Pula Ditahan

Terbaru melalui perkongsiaan Sumud Nusantara di Instagram, kapal bernama Free Willy yang dinaiki oleh personaliti media sosial dan juga aktivis kemanusiaan, Haroqs telah pun ditahan oleh tentera Israel.

Dalam hantaran yang dikongsikan di platform media sosial itu, kelihatan video Haroqs berserta dua orang peserta Global Sumud Flotilla iaitu Haikal Luqman dan Dr Taufiq memaklumkan diri mereka sudah ditahan oleh tentera Israel secara paksaan.

Advertisement

Saya warganera Malaysia. Jika anda melihat video ini maksudnya saya telah ditangkap dan telah dibawa secara paksa oleh IDF.

Sedia maklum, Haroqs atau nama sebenarnya, Hareez Adzrami sebelum ini merupakan salah seorang aktivis yang aktif berkongsikan perkembangan terkini misi kemanusiaan ke Gaza di platform media sosialnya, selain pelakon, Ardell Aryana.

Terdahulu, melalui laporan Pusat Kawalan Sumud Flotilla Nusantara (SNCC), 12 sukarelawan yang ditahan oleh tentera Israel berada dalam keadaan selamat di kapal masing-masing.

12 sukarelawan malaysia ditahan israel
2025-10-02 13:49:19

GSF: Ditahan Tentera Isr*el, 12 Sukarelawan Malaysia Dilaporkan Selamat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...