Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa mencuri perhatian orang ramai apabila ditegur ‘manja’ suaminya, Haris Ismail dalam satu video di laman Instagram.
Menerusi video berkenaan, Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz menegur tindakan Neelofa yang menggoyang-goyangkan kepala saat mendengar sebuah muzik rancak yang dipasang.
Melihat aksi spontan isterinya itu, Haris dengan pantas menegur secara lemah lembut. Bukan itu sahaja, dia turut meniru semula gaya goyangan kepala isterinya itu.
Dia (Neelofa) dengar bunyi lagu je (ajuk goyangkan kepala).
Video pendek berdurasi 15 saat tersebut dimuat naik dalam akaun Instagram kelab peminat Neelofa.
Rata-rata netizen turut memuji pendekatan yang digunakan Haris dalam mendidik isteri tersayang.
“Seronoknya cara suaminya menegur isterinya dengan lemah lembut. Itulah pentingnya ilmu agama,” tulis seorang pengguna Instagram.
Dalam pada itu, ramai juga peminat yang memuji kemanisan hubungan pasangan selebriti itu dan menjadikan mereka sebagai pasangan contoh.
“Mesti jenis sekepala dua-dua ini. Manja dan suka usik-mengusik,” tulis seorang peminat.
Baca: Belum Lahir Dah Dapat Hadiah Mewah Jenama Dior, Neelofa Terima Cenderamata Daripada Keluarga Agong