Belum Lahir Dah Dapat Hadiah Mewah Jenama Dior, Neelofa Terima Cenderamata Daripada Keluarga Agong

Hiburan

Belum Lahir Dah Dapat Hadiah Mewah Jenama Dior, Neelofa Terima Cenderamata Daripada Keluarga Agong

Usahawan dan juga selebriti terkenal, Neelofa tampil mencuri perhatian ramai apabila dia ada menerima hadiah berupa barangan bayi berjenama mewah Dior daripada YAM Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah.

Ia kemudian menjadi tular apabila video tersebut dimuat naik oleh akaun peminat Neelofa di TikTok untuk tatapan netizen.

Advertisement

Dalam perkongsian video berdurasi 36 saat itu, Neelofa kelihatan teruja apabila menerima hadiah mewah tersebut berserta kad ucapan daripada puteri sulung kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

 

Neelofa juga sempat membaca ucapan yang tertulis di kad ucapan itu namun menutup bahagian yang tertera jantina bayi.

“Semoga maju jaya dalam bab seterusnya kehidupan anda. Ia bahagian yang paling menakjubkan! Anda pastinya akan menjadi ibu dan bapa yang terbaik. Sudah tidak sabar untuk bertemu si kecil. Harapnya anda gembira menerima hadiah kecil ini.” tulis Tengku Puteri Iman Afzan dalam kad tersebut.

Teruja melihat pemberian keluarga diraja itu, netizen menganggap hadiah tersebut sebagai rezeki anak buat keluarga kecil Neelofa.

Dalam pada itu, para peminat juga rancak meneka jantina bayi dalam kandungan bekas pengacara program meleTOP itu.

Meskipun sudah jelas isteri kepada Pencetus Ummah Haris itu hamil, namun sehingga kini Neelofa masih berdiam diri dan enggan mengumumkan dengan lebih lanjut  tentang status kehamilannya.

Neelofa
2 years ago

'Unboxing' Barangan Bayi, Peminat Rancak Teka Tarikh Kelahiran Bayi Sulung Neelofa Dan Haris

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...