Kecoh seketika beberapa hari yang lalu apabila pihak Polis Diraja Malaysia akhirnya memaklumkan bahawa keputusan ujian DNA terhadap satu rangka mayat yang ditemui di sebuah rumah terbiar adalah milik wanita bernama Bella yang dilaporkan hilang sebelum ini.
Berikutan itu, seorang daripada suspek kes pembunuhan ibu tunggal itu yang dikenali sebagai Haikal telah pun ditahan pihak berkuasa untuk tujuan siasatan. Difahamkan, suspek berkenaan adalah teman lelaki Bella sebelum ini.
Caprice beri komen isu pembunuhan Bella
Perkembangan kes tersebut bukan sahaja mendapat perhatian netizen malah selebriti seperti Caprice yang sememangnya diketahui sentiasa ‘up to date’ dengan isu-isu semasa di media sosialnya.
Tidak ketinggalan membuat ulasan mengenai kes tersebut, Caprice tampil memberi nasihat khususnya kepada wanita di luar sana untuk menjauhi lelaki panas baran kerana mereka sukar untuk diubah sambil mengambil kes pembunuhan Bella itu sebagai rujukan.
Susulan daripada itu, kakak kepada allahyarham Bella, Norhisham ada mendedahkan bahawa salah seorang ahli keluarga Haikal telah pun memberi peringatan kepada Caprice gara-gara videonya berkaitan kes yang dimuat naikdi Instagram miliknya itu.
Kakak suspek tambil bela nasib adik
Menurut kakak suspek, adiknya itu masih dalam siasatan polis dan masih belum dijatuhkan hukuman bersalah selain merasakan Caprice tidak perlu masuk campur dalam urusan pihak polis.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.