“Elok Merasa Sikit Biar Ada Adab” – Anak Diana Danielle Tumbuk Muka Kawan Lepas Kena Maki Tak Bagi Datang Rumah

Hiburan

“Elok Merasa Sikit Biar Ada Adab” – Anak Diana Danielle Tumbuk Muka Kawan Lepas Kena Maki Tak Bagi Datang Rumah

Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle ada berkongsi mengenai anaknya yang bergaduh dengan rakan sehingga mengeluarkan perkataan yang tidak baik gara-gara enggan bermain bersama.

Tulis Diana di aplikasi X, rakan anaknya itu turut memaki hamun serta memaksa Muhammad untuk membenarkannya datang ke rumah mereka.

Advertisement

Anak tumbuk muka rakan

Anak saya menumbuk muka kawannya hari ini. Kanak-kanak itu memaki hamun anak saya kerana dia mahu datang tetapi anak saya tidak mahu dia datang ke rumah kami.

Dah la nak paksa paksa datang rumah, bila tak bagi dia maki-maki dengan sumpah seranah.

Biar tahu erti adab

Isteri kepada aktor Farid Kamil itu dilihat mempertahankan tindakannya itu namun tidak menyokong perbuatan Muhammad.

Diana DanielleSumber : X  

Memang elok merasa sikit biar ada adab. Bukan nak ‘back up’ anak pun, tapi padan muka. Akhir sekali, panggil Mak suruh selesaikan tapi tak nak mengaku dia provok anak kita.

Berikuta itu, Diana memaklumkan bahawa dia sudah tidak lagi membenarkan Muhammad untuk berkawan dengan rakannya itu.

Perkongsian Diana itu kemudiannya menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya menyokong tindakan Muhammad dengan alasan ‘memberi pengajaran’.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Noh Hujan musa ibu kandung
3 months ago

"Tolong Tarik Balik Kenyataan Dan Mohon Maaf" - Ibu Kandung Musa Dakwa Telah Dimanipulasi Noh Salleh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Ohbulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...