“Goyang-Goyangkan Payudara Bagi Maksud Seksual” – Komunikasi Lucah Dengan 2 Remaja Lelaki, Safiey Ilyas Bakal Dibicarakan

Kehidupan

“Goyang-Goyangkan Payudara Bagi Maksud Seksual” – Komunikasi Lucah Dengan 2 Remaja Lelaki, Safiey Ilyas Bakal Dibicarakan

Sekitar tahun lalu, usahawan dan pengasas kosmetik, Safiey Ilias dilaporkan telah ditahan polis bagi membantu siasatan berkenaan amang seksual dan komunikasi lucah membabitkan dua individu di bawah umur.

Safiey Illias
3 years ago

Safiey Illias Live IG Dengan Budak Bawah Umur, Pensyarah Buat Laporan Polis

Advertisement

Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan perbicaraan kes jenayah seksual membabitkan Safiey terhadap dua remaja lelaki terbabit bermula pada Julai tahun depan.

Hakim Norhazani Hamzah menetapkan tarikh prosiding perbicaraan bermula dari 24 hingga 27 Julai selepas pihak pendakwaan dan pembelaan bersetuju.

Berdasarkan dua pertuduhan, Safiey didakwa berkomunikasi secara seksual menerusi platform Instagram dengan dua remaja lelaki tersebut ketika mereka berusia 14 tahun.

Sementara dua lagi pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal iaitu menggoyang-goyangkan payudara di hadapan dua remaja yang sama bagi maksud seksual.

Safiey didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di sebuah rumah di Bandar Baru Bangi pada jam 9 pagi, 9 Jun 2021.

Bagi kesemua perbuatan itu, Safiey didakwa mengikut Seksyen 11(1)(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan Seksyen 15 (a)(i) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sekadar info, ketika kejadian itu tahun lalu dua pemilik akaun dikenali sebagai ‘safieyillias94’ dan ‘pipinatasha’ berpakaian mencolok mata ketika membuat sesi perbualan secara ‘live’ di Insatgram bersama rakannya dan disertai dua remaja di bawah umur itu.

Sementara itu, Safiey atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Ilias, 28, berkata dia bersedia untuk menghadapi perbicaraan kes kerana sejak awal lagi sudah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...