February 17th, 2010

jimmy shanley bertunang

Pengacara baru AF8 si Jimmy Shanley nie dengar ceritanya dah bertunang dah. Siap pakai cincin tunang kat tangan lagi. Cuba korang perhati betul-betul gambar kat atas tue, nampak tak gambar cincin kat jari si Jimmy tue? Mungkin itulah kot yang dimaksudkan dengan cincin pertunangan Jimmy.

Tapi kalau betul lah bertunang, kenapa agaknya si Jimmy nie asyik nak menafikan jer ek? Selalu betul dia cakap kat media yang dia nie masih single-mingle lagi. Katakanlah sebenarnya memang betul dia dah bertunang, mesti hancur remuk perasaan tunang dia bila Jimmy cakap dia still single lagi. Kalau kami lah jadi tunang dia, compem berendam air mata.

Sumber gosip dari Murai ini pun ada menyatakan yang si Jimmy nie pergi kursus kahwin dah. Dan mungkin perancangan untuk berkahwin bulan Mac nie terpaksa ditunda sebab AF8. Entah betul ke tidak tak tau la kan. Namanya pun gosip. Harap-harap si Jimmy nie jadilah lelaki sejati dan mengakui kebenaran di sebalik cerita nie.

Kami rasa si Jimmy nie mesti takut saham dia jatuh bila peminat-peminat tau dia dah bertunang. Rileks la bro. Jangan risau sangat. Peminat skang dah pandai dah. Kalau betul-betul berbakat, kitorang sokong punya walaupun dah beranak 5. Bak kata omputeh, talent first. Benda lain belakang cerita.

Apa-apa pun, all the best to Jimmy Shanley especially untuk Akademi Fantasia 8 (AF8) nie nie.


Comments are closed.

Loading...