AF8 – Norman KRU Pengetua, Sarimah Dan Jimmy Shanley Pengacara

Hiburan

AF8 – Norman KRU Pengetua, Sarimah Dan Jimmy Shanley Pengacara

af8

Yeah ~~~~ Kami baru jer balik dari press conference Akademi Fantasia 8. Terima kasih kepada Astro yang sudi menjemput kami. Akhirnya terjawap sudah segala debaran dan misteri tentang siapakah bakal menjadi pengetua, pengacara dan tenaga pengajar AF8 nie.

Advertisement

Pengetua untuk AF8 kali ini tak lain tak bukan ialah Norman KRU. Macho jugak si Norman nie bila tengok face to face. Ada karisma dia yang tersendiri. Cara cakap pun agak tegas. Baguslah tue. Kalau baik sangat takut bebudak AF8 nanti naik kepala plak.

Tapi ada sedikit kelainan dengan pengacara AF8. Sarimah Ibrahim bakal bergandingan bahu dengan Jimmy Shanley untuk Konsert AF8. Sebelum nie Jimmy adalah pengacara Trek Selebriti manakala Sarimah pulak adalah pengacara The Biggest Loser Asia. Tapi serius si Sarimah nie cun gile bila tengok depan-depan. Hampir gugur jantung nie melihat kecunnan Sarimah.

Sementara tue cikgu tarian pujaan ramai iaitu Linda Jasmine turut kembali semula ke AF8. Tapi kali nie dia tak berseorangan. Suami Linda, Que Haidar pun join sekali dengan jawatan cikgu drama. Kira sorang ajar menari dan sorang ajar berlakon la nie. Memang gandingan yang mantap.

Time sesi soal jawap tadi kami tak sempat nak tanya soalan kat pihak Astro. Ada seorang media yang bertanyakan soalan berapakah bayaran untuk mendapatkan Sarimah sebagai pengacara AF8. Memang tak logik langsung soalan tue. Dah compem benda private dan confidential. Buat apa tanya soalan yang tak akan dijawap? Cuba la tanya soalan bernas sikit.

Disebabkan kami tak sempat bertanya, jadi kami nak ajukan persoalan yang bermain di benak kepala kami tue kat sini. Kalau ada pihak Astro baca, leh la tolong jawapkan. Kalau anda nak bagi pendapat pun boleh gak.

[note] Setiap kali AF ditayangkan, compem akan ada blog, majalah, forum dan suratkhabar yang kutuk kata AF nie dah tak relevan. Dah tak best. Tapi yang peliknya jumlah orang menonton still maintain banyak. Undian pun banyak masuk. Dan yang pastinya, tahun depan tue ada lagi AF baru. Apa sebenarnya rasa-rasa kekuatan AF nie yang membuatkan orang melekat gak tengok walaupun dikutuk habis-habisan?[/note]

Jawap jangan tak jawap. Buat Norman KRU dan tenaga-tenaga pengajar lain, semoga AF8 kali nie akan menjadi AF terbaik. Haja Haja Fighting.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...