(GOSIP) Individu Dakwa Nampak Aliff Aziz Dan Oktovia Manrose Berpegangan Tangan?

Hiburan

(GOSIP) Individu Dakwa Nampak Aliff Aziz Dan Oktovia Manrose Berpegangan Tangan?

Nampaknya kontroversi panas melibatkan Aliff Aziz dan Oktovia Manrose belum lagi berakhir. Kali ini, timbul gosip terbaru dimana ada individu mendakwa ternampak aksi mesra mereka.

Advertisement

Individu tersebut melihat kedua-duanya berjalan sambil berpegangan tangan disebuah pasaraya.

Walaupun status Facebook tersebut tidak menyatakan nama artis berkenaan, namun rata-rata netizen dengan jelas mengetahui ia ditujukan buat Aliff dan Oktovia.Bagaimanapun, individu berkenaan tidak sempat untuk mengambil gambar mereka berdua-duaan seperti yang dikatakan.

Terdahulu, Bella menerusi akaun Instagramnya mendedahkan Aliff curang buat kali kedua apabila mendapat maklumat daripada satu sumber mengatakan suaminya sedang berhibur di sebuah kelab malam bersama Oktovia yang ketika itu sedang mabuk. Selepas berbalas kenyataan di media sosial, Oktovia akhirnya memohon maaf atas perbuatannya itu dan mengakui tidak harus keluar dengan lelaki berstatus suami orang. Bella juga sudah memaafkan Oktovia atas apa yang berlaku.

Sumber Berita : Kopi Planet

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...