Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(GOSIP)Amanda Imani Belum Femes Dah Buat Hal?

amanda imani

Ingat tak lagi dengan entri kami yang memperkenalkan bakat baru Amanda Imani? Sebenarnya selepas kami keluarkan cerita pasal si Amanda Imani nie, ada seseorang telah menghantar email kepada kami yang menyatakan Amanda Imani nie ada buat hal.

Advertisement

Oleh kerana ini adalah gosip, jadi sila jangan percaya ye. Tapi katanya dari email yang kami terima, Amanda Imani nie telah pun cancel show dia bersama Suria FM last-last minute. Alasannya? Manager dia sakit. Agak tak logik di situ sebab yang datang nak nyanyi bukannya si manager. Tapi si Amanda Imani tue. Agak tak ada relevannya.

Yang mengecewakan ialah selama ini radio Suria FM memang berusaha keras mempromosikan Amanda Imani nie. Boleh dikatakan Suria FM nie adalah satu-satunya radio yang mainkan lagu Amanda Imani. Itu yang pihak Suria FM betul-betul kecewa dengan sikap Amanda Imani  yang last minute cancelkan show bersama diorang.

Benar atau tidak, memang tak dapat dipastikan. Tapi pengajarannya di sini ialah, kalau betul-betul tak dapat datang untuk buat show yang telah dijanjikan, cakaplah elok-elok. Mungkin orang lebih memahami. Lebih-lebih lagi kalau kita nie artis baru. Susah nak naik kalau awal-awal lagi dah buat hal. Tak gitu?

Buat Amanda Imani, semoga terus maju jaya menempuh dunia hiburan Malaysia.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top