February 23rd, 2010

amanda imani

Terkejut sebentar kami  apabila buat kali pertamanya kami tak kenal siapa yang menjadi cover Pancaindera Ahad lepas. Amanda Imani, nama dah sedap. Muka pun boleh tahan. Gaya pun agak menonjol. Tapi siapakah gerangan si Amanda Imani nie? Pelakon? Penyanyi ? Majistret?

Terus kami selaku blog gosip hiburan nombor 1 Malaysia membuat kajian yang menyeluruh tentang Amanda Imani nie. Rupa-rupanya dia nie adalah seorang penyanyi. Masih tak keluar lagi album pertama tapi kalau dekat website rasmi Amanda Imani dah boleh dengar preview lagu-lagu yang dinyanyikan. Boleh tahan jugaklah.

Nasihat kami kepada Amanda Imani, biarlah bakat anda yang menyebabkan anda menjadi popular. Jangan biarkan anda dipergunakan oleh mereka-mereka yang hanya mementingkan paras rupa. Percayalah yang rakyat Malaysia sekarang sudah bijak untuk menilai dan menghargai penyanyi-penyanyi yang berbakat. Tak perlu seksi-seksi. Pukaulah kami dengan suara anda seperti yang telah dilakukan oleh Yunalis Zarai.

Kepada anda yang berminat nak melayan video dan gambar Amanda Imani, sila baca artikel ini sepenuhnya. Gambar kredit kepada website rasmi Amanda Imani.

amanda imani

amanda imani

amanda imani


Comments are closed.

Loading...