Umum sedia tahu, nama Maula Muhammad Amin Al Idrisi Al Hasani sedang hangat diperkatakan selepas mendakwa dirinya sebagai keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW yang mendapat reaksi bercampur baur oleh pelbagai pihak.
Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon, Natasha Hudson yang menyifatkan lelaki itu kelihatan seperti seorang individu homoseksual.
Dalam pada itu, Natasha menerusi hantaran Insta Stories juga sempat menyatakan manusia terlalu taksub serta meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pihak yang sangat mudah tertipu.
Taksub sangat manusia. Gosh he looks g*y enough. Mudah tertipu betul la.”
Sekadar info, status lelaki yang mendakwa dirinya sebagai cicit Rasulullah SAW sebelum ini menimbulkan rasa was-was selepas dikatakan pernah terlibat dalam penipuan menurut satu perkongsian daripada seorang pengguna Twitter yang mengeluarkan kenyataan daripada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) berkaitan individu tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah: