“Scammer Dari Morocco” – Mengaku Cicit Nabi, Lelaki Ini Didakwa Pernah Terlibat Dalam Aktiviti Penipuan Duit

Kehidupan

“Scammer Dari Morocco” – Mengaku Cicit Nabi, Lelaki Ini Didakwa Pernah Terlibat Dalam Aktiviti Penipuan Duit

Isu dan cerita mengenai cicit Rasullulah S.A.W iaitu Sayyid Muhammad Amin bin Hamid Alidrisi Alhasani nampaknya masih lagi diperkatakan oleh netizen apatah lagi ia juga mendapat perhatian selebriti dan para menteri di Malaysia.

Malah, kelibatnya di majlis-majlis agama juga sering menjadi tumpuan warga maya apabila ia kembali dimuat naik di media sosial TikTok dan Twitter misalnya.

Advertisement
MaulaSumber : Google  

Namun begitu, status individu itu yang berasal dari Fes, Maghribi itu juga sering menjadi pertikaian warga maya yang kebanyakan was-was mengenai dakwaannya sebagai cicit Nabi Muhammad S.A.W dan mempunyai susur galur keturunan Ahlul Bait iaitu Saidina al-Hasan.

Menurut satu perkongsian daripada seorang pengguna Twitter, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) telah mengeluarkan kenyataan di mana semua pihak perlu menyemak terlebih dahulu mengenai latar belakang individu itu sebelum menjemputnya ke mana-mana program keagamaan kerana ingin mengelakkan sebarang masalah di masa hadapan.

Dalam kenyataan itu, pihak mereka telah melakukan semakan dengan pihak berkuasa di Morocco dan mendapati wujud keraguan terhadap latar belakang yang mendakwa dia sebagai keturunan nabi.

Antaranya, individu itu didakwa pernah terlibat dalam penipuan berkaitan duit di Maghribi selain para pelajar Asia Tenggara di Fes, Maghribi juga dinasihatkan untuk menjauhkan diri daripada individu tersebut.

Mawla cicit nabi ScammerSumber : JHEAIK  

Berdasarkan penilaian awal, beberapa isu dan kontroversi penama tersebut dan kalangan pelajar Asia Tenggara di tidak mengetahui kewujudan Dari Muhammadiah di Fes, Maghribi dan ia menjadi persoalan dan mencurigakan..

Notis pemberitahuan itu turut memaklumkan bahawa sebarang perkara berkaitan individu tersebut adalah tertakluk kepada bidang kuasa pihak negeri selaku pihak berkuasa Agama Islam Negeri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fadli Salleh
2 years ago

"Terima Kasih Sokong" - Enggan Panjangkan Cerita, Cikgu Fadhli Mohon Maaf Pada Caprice

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...