“Goodluck Nad, Kerja Dengan Dia..” – Nad Zainal Dedah Pengalaman Pertama Bekerjasama Dengan Ungku Ismail

Hiburan

“Goodluck Nad, Kerja Dengan Dia..” – Nad Zainal Dedah Pengalaman Pertama Bekerjasama Dengan Ungku Ismail

Baru-baru ini pelakon Nad Zainal telah memuat naik sebuah hantaran di Instagram miliknya sempena hari lahir suaminya yang ke-38. Dalam kapsyen pos tersebut, Nad sempat berkongsi sebuah cerita sebelum mereka bersama yang berjaya menarik perhatian warganet.

Aktres ini akui dahulu sebelum mereka baru berkenalan, orang-orang di sekelilingnya sempat memberi peringatan agar berhati-hati saat pertama kali berkerjasama dengan suaminya, Ungku Ismail ketika itu.

Advertisement

Goodluck Nad, kerja dengan dia.” Kata-kata orang bila nak mula kerja dengan dia, tapi Alhamdulillah dari panggilan Ungku berganti kepada You, tukar kepada Sayang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nad Zainal Nadi Kesuma (@nad.zainal)

Pada masa yang sama, Nad juga berharap agar mereka berdua akan lebih banyak memori bersama selepas ini memandangkan dirinya dan Ungku baru bergelar suami isteri pada awal tahun ini.

Kata Nad, dia turut menghargai semua momen-momen bersama pasangannya itu sejak awal perkenalan mereka. Bukan itu sahaja, pelakon drama bersiri Takdir Yang Tertulis itu juga berdoa agar keluarga kecil mereka ini dapat memberi keceriaan dan ketenangan kepada Ungku selama-lamanya.

Untuk info, mereka telah sah bernikah pada 23 Januari 2023 dan dikurniakan seorang anak lelaki pada Oktober lalu.

Ungku Ismail nad zainal
1 year ago

"6 Weeks Apanya, Nikah Baru Sebulan" - Ungku Ismail Kongsi Momen Nad Zainal Disahkan Hamil, Tak Tunggu 'Honeymoon'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...