“6 Weeks Apanya, Nikah Baru Sebulan” – Ungku Ismail Kongsi Momen Nad Zainal Disahkan Hamil, Tak Tunggu ‘Honeymoon’

Hiburan

“6 Weeks Apanya, Nikah Baru Sebulan” – Ungku Ismail Kongsi Momen Nad Zainal Disahkan Hamil, Tak Tunggu ‘Honeymoon’

Pelakon Ungku Ismail baru-baru ini ada berkongsi mengenai momen-momen indah di kala isteri tersayang, aktres Nad Zainal disahkan hamil.

Menerusi satu hantaran Instagram Story, Ungku Ismail meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan cahaya mata meskipun masih berada di fasa awal pernikahan.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Abu Puteh (@ungkuismailaziz)

Tulisnya lagi, dia dan Nad tidak sempat berbulan madu kerana sudah disahkan hamil.

Kami pun tak tunggu bulan madu. Teringat masa first pregnant test Nad awal Februari lusanya pergi check up sebab makin tebal line (alat ujian kehamilan). Check up pertama tak ada apa, cuma rahim mengembang. Check up kedua, dah nampa ada bulat hitam. Doktor kata tahniah, dah 6 weeks.

Ujar Ungku Ismail, dia pada mulanya berasa terkejut setelah diberitahu mengenai usia kehamilan yang sudah mencecah 6 minggu sedangkan mereka berdua baru berkahwin sekitar sebulan tempoh.

ungku ismailSumber : Instagram  

Terkejut aku. 6 weeks apanya, nikah baru sebulan lepas. ‘Ya kita kira ikut last period cycle. maknanya bukan date nikah.

Rezeki Allah yang bagi. Tak sangka sebab Nad under chemo & heavy steroid medication.

Sekadar info, Ungku Ismail dan Nad Zainal mendirikan rumah tangga pada 23 Januari 2023 dan telah pun dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 10 Oktober lalu.

Nad juga mempunyai dua orang anak hasil pernikahannya yang terdahulu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sharifah Zarina
5 months ago

"Penonton Dalam Dewan Kata Suara Saya Sedap" - Dikecam Suara Sumbang, Sharifah Zarina Tetap Berpuas Hati

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...