Seorang usahawan dan ‘influencer’ makanan viral, Diana Sidek menjadi tumpuan apabila dia menunjukkan cara penyediaan air asam untuk hidangan nasi khao mok yang dijualnya di bazar sempena bulan Ramadan ini.
Penggunaan ‘gloves’ kuning jadi tumpuan
Namun, apa yang mencuri tumpuan apabila Diana menggunakan sarung tangan berwarna kuning yang didakwa tidak sesuai dalam proses penyediaan makanan.
Dalam video tersebut, Diana dilihat mencuci tangan sebelum menyarung ‘gloves’ berkenaan dan mencucinya sekali lagi. Dia kemudian menggaul segala ramuan di dalam bekas besar bagi menyediakan juadah air asam.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil menegur Diana tentang penggunaan sarung tangan yang tidak sesuai digunakan dalam penyediaan makanan sebaliknya ia digunakan dalam aktiviti mencuci, menggaul baja dan seumpamanya.
KKM beri teguran, tak sesuai untuk penyediaan makanan
Malah, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia turut tampil menegur Diana menerusi satu untaian di aplikasi X, merujuk kepada video yang dimuat naik usahawan makanan itu di TikTok.
KKM ingin memaklumkan penggunaan sarung tangan berwarna kuning adalah untuk pencucian dan tidak sesuai untuk pengendalian makanan.
Sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran. Bagi mengelakkan… https://t.co/r2k4f2IG6a— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) March 20, 2024
Sebelum ini, Diana pernah menjadi tumpuan apabila dia didakwa menjual makanan terlalu mahal namun dibidas usahawan itu dengan alasan bahan-bahan masakan yang digunakan bermutu tinggi dan dihasilkan dengan cara yang bersih dan berkualiti.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.