Sebelum ini, acara minggu Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW2022) telah diadakan di pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur dari 17 hingga 21 August.
Malah, acara itu turut dihadiri oleh ramai kalangan artis dan pempengaruh media sosial bagi memeriahkan lagi minggu fesyen tersebut sambil memperagakan busana hasil daripada karya pereka-pereka fesyen terkenal tanah air.
Tidak ketinggalan, pelakon jelita, Amelia Henderson turut menghadiri majlis tersebut dengan menggayakan dress pendek berwarna silver.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, dapat dilihat pakaian yang diperagakan oleh pelakon itu agak seksi dan menjolok mata sehingga menimbulkan rasa tidak selesa orang ramai.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa kecewa melihat cara pemakaian Amelia dan mendoakan agar dia segera bertemu lelaki yang dapat membimbingnya menjadi muslimah yang lebih baik memandangkan dia merupakan seorang mualaf.
Allahuakbar, tak tahu la sekarang ni duduk dekat Malaysia ke duduk dekat luar negara. – Netizen.
“ok lagi kot baju hitam Aina tu,” tulis seorang warganet.
“Mualaf, tapi tak boleh salahkan dia jugak… tak ada siapa yang tolong bimbing dia, ex husband pun tak berapa nak ok,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.