“Gimik Marketing Murahan Paling Jijik!” – Mainkan Isu Rumah Tangga, Azwan Ali Sembur Eina Azman?

Hiburan

“Gimik Marketing Murahan Paling Jijik!” – Mainkan Isu Rumah Tangga, Azwan Ali Sembur Eina Azman?

Sebelum ini, status rumah tangga pelakon, Datin Paduka Eina Azman dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden menjadi persoalan selepas dia bertindak memuat naik video memaparkan dirinya menangis.

Bagaimanapun, tular pula rakaman live memaparkan Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina binti Azman mendapat kejutan daripada suaminya ketika membuat soft launching produk terbaharunya.

Advertisement

Menerusi video tersebut, pelakon berusia 28 tahun itu dilihat tidak dapat menahan sebak serta mempersoalkan tindakan suaminya yang hanya mendiamkan diri pada hari ulang tahunnya.

Dia buat bodoh dengan saya, dia tak wish saya pun. You buat I overthingking, nowdays kan banyak gila kes..

@chantiqrich

KenaPrank #einaazman #sakaputihgebu #einaazman #fyp??viral #lounching #chantiqrich

? bunyi asal – chantiqrich – chantiqrich

Susulan itu, rata-rata netizen berasa kurang senang apabila pasangan suami isteri itu melibatkan masalah rumah tangga sebagai ‘prank’ kejutan hari jadi.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir pihak yang mendakwa apa yang terjadi hanyalah sebagai marketing bagi produk terbaharu keluaran Eina.

Turut merasai perkara sama, pengacara sensasi, Azwan Ali meluahkan rasa berang terhadap pasangan itu.

Menerusi ciapan di laman Twitter, Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA menganggap kejutan tersebut merupakan gimik ‘marketing’ murahan.

Bukan itu sahaja, pengacara berusia 57 tahun itu juga turut mengatakan mereka seolah-olah berbuat demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang ramai.

azwan

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

eina azman
1 year ago

"Disondol Dengan Penyondol Sebenar Padan Muka" - Netizen Kesal Eina Azman & Suami Jadikan Isu Curang Bahan Gurau

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...