“Disondol Dengan Penyondol Sebenar Padan Muka” – Netizen Kesal Eina Azman & Suami Jadikan Isu Curang Bahan Gurau

Hiburan

“Disondol Dengan Penyondol Sebenar Padan Muka” – Netizen Kesal Eina Azman & Suami Jadikan Isu Curang Bahan Gurau

Baru-baru ini, hantaran Datin Paduka Eina Azman di laman Instagramnya membuatkan ramai berasa risau, lagi-lagi dia memuat naik video sedang menangis teresak-esak.

Bukan hanya itu, malah dia turut berkongsikan pendapatnya mengenai isu poligami yang kini sedang menjadi trend dan disebabkan itu, netizen beranggapan bahawa suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden mempunyai wanita lain.

Advertisement

Namun begitu, itu semua hanyalah sekadar prank yang dilakukan oleh Kaiser buat Eina Azman bagi membuat kejutan ketika hari jadinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ????? (@eina_azman)

Susulan itu, ramai netizen berasa kurang senang melihat pasangan tersebut mengambil isu ‘penyondol’ sebagai satu gurauan.

komen netizen

Kebanyakannya merasakan isu curang ini tidak boleh dibawa main kerana bimbang akan benar-benar terjadi pada masa akan datang.

Malah, netizen turut meluahkan rasa kesal kerana pasangan tersebut boleh saja memilih cara lain untuk membuat marketing bagi menarik perhatian ramai.

2023-03-16 10:59:24

"Cantik Lah Macam Mana Pun, Benda Kalau Nak Jadi Akan Jadi Jugak" - Eina Azman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram