Kecoh dua tiga hari ini mengenai keperluan untuk meletakkan cop Sirim pada pelitup muka yang khabarnya akan mula berkuatkuasa pada 4 Julai nanti.
Berikutan itu, ramai pengguna media sosial mula bersuara dan meluahkan rasa tidak puas hati mengenai isu tersebut.
Kata netizen, kos pensijilan untuk mendapatkan perakuan Sirim adalah mahal dan menelan kos belanja yang tinggi kepada syarikat atau individu yang menjual pelitup muka bukan jenis perubatan.
Malah, ramai yang mengatakan bahawa keperluan untuk mewajibkan Sirim pada pelitup muka ketika Malaysia sudah bergerak menuju fasa endemik ini seolah-olah tidak masuk akal serta denda yang dikenakan juga tidak wajar.
Ada juga yang mengaitkan isu ini dengan anak kepada Presiden Umno Zahid Hamidi iaitu Nurul Hidayah Zahid di mana tular foto memaparkan wajah wanita itu di kotak satu jenama topeng pelitup muka yang telah mempunyai perakuan dan penandaan Sirim.
Owhhhh patutlah facemask perlu ada pengesahan & cop SIRIM. Ada mangkuk hayun buat perangai mcm owner itik serati tu pic.twitter.com/Z4SK3vfnmA
— Jaiyen (@ketua_darjat) April 6, 2022
Dan yang pasti, kos harga pelitup muka pastinya akan meningkat naik berikutan kewajipan mempunyai cop Sirim. Wajar atau tidak pelitup muka dikenakan perakuan tersebut? Apa pendapat anda?