Pengacara sensasi, Diva AA tampil memberi teguran sarkastik tentang isu majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal, Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang didakwa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Menerusi ciapan di laman Twitter miliknya, Diva AA atau nama sebenarnya Mohamed Azwan Ali, turut mengaitkan nama penerbit Micheal Ang di dalam teguran tersebut.
Terdahulu, majlis resepsi pasangan selebriti yang berlangsung di sebuah villa di Genting Highland, Pahang itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen kerana dikatakan melanggar SOP.
Gelupuh kahwin tapi majlis tak ikut SOP? Jadi, nanti Michael Ang boleh tak kau menyalak kuat lagi?
Michael yang turut menghadiri majlis berkenaan dikatakan bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak polis sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan berhubung isu pelanggaran SOP.
Menurut Michael, majlis itu berlangsung dengan keadaan yang patuh SOP. Malah, tetamu yang hadir turut diwajibkan untuk melakukan ujian calitan Covid-19 di klinik dan perlu menunjukkan sijil keputusan ujian tersebut selain perlu lengkap dua dos vaksinasi.
Baca: Didakwa Langgar SOP, Polis Siasat Majlis Kahwin Kamal Adli Dan Uqasha Senrose
Anonymous
January 3, 2022 at 8:48 am
YG X KENE JEMPOT TU PAHAM2 LA YE… CER D JEMPUT KRIKKK KRIKK KRIKKKK
anonymous
December 31, 2021 at 11:38 am
haaa best ni kalau jadi pertarungan diva aa vs mikel ang tengok mulut sapa paling puaka ha ha ha haaaa