Seperti yang kita tahu, ursuniaga dan pembelian secara atas talian atau online kini sudah menjadi satu kebiasaan bagi kita sejak bermulanya arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan. Perkhidmatan kurier dan rider seperti Foodpanda dan Grab juga semakin banyak digunakan.
Boleh dikatakan, kini sudah ramai orang yang sudah terbiasa melakukan pembelian secara online yang pada mulanya hanyalah sebagai langkah selamat untuk tidak keluar membeli barangan di luar supaya tidak dijangkiti virus Covid-19 yang merebak.
Bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk memasak, membeli makanan secara online tentunya lebih menjimatkan masa dan tenaga namun ada kalanya ia mengambil masa yang lama. Kebiasaanya, para rider perlu menunggu terlebih dahulu untuk pesanan siap malah kadang-kadang ianya mengambil masa yang terlalu lama.
Rider Foodpanda menyiapkan sendiri pesanan yang dikirim pelanggan
Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama @broarifffff yang memaparkan gelagat seorang rider Foodpanda menyiapkan sendiri pesanan yang dikirim oleh pelanggannya.
Dalam perkongsian video tersebut, lelaki ini telah merakamkan gelagat seorang rider Foodpanda yang ditemuinya di sebuah restoran. Menurut lelaki itu, rider tersebut datang ke restoran itu untuk mengambil pesanan pelanggannya namun ianya mengambil masa yang terlalu lama untuk disiapkan.
Rider itu kemudiannya memilih untuk menyiapkan sendiri pesanan roti canai yang dikirim oleh pelanggannya itu. Apa yang menghiburkan ramai penonton perkongsian video tersebut adalah apabila dapat dilihat rider itu sedang menebar roti canai di restoran itu dek kerana terlalu lama menunggu.
Lebih mencuit hati, gelagatnya itu seolah-olah dia juga adalah pekerja di restoran itu melihatkan pada gayanya yang tidak kekok. Pada masa yang sama, rider itu juga dilihat seperti sudah biasa melakukan kerja menebar roti canai itu.
“Steady lah boleh tebar sekali.. dua kerja dalam satu masa”
Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 309.5 ribu tontonan, 50.4 ribu tanda like dan 644 komen. Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat sempoi rider Foodpanda tersebut menebar roti canai sendiri.
Ada juga yang berseloroh mengatakan yang mungkin rider itu tidak berasa kekok untuk menyiapkan sendiri pesanan pelanggannya dan menebar roti canai sendiri kerana restoran tersebut milik rakannya.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara