Netizen Sebak, Rider Foodpanda Terharu Stranger Belanja KFC

Trending

Netizen Sebak, Rider Foodpanda Terharu Stranger Belanja KFC

Bila kita cerita berkenaan dengan rezeki, kita sendiri tahu yang ia boleh datang pada bila-bila masa dan melalui pelbagai cara. Ada yang merasakan seperti dia tidak diberikan rezeki namun sebenarnya, mungkin rezeki itu datang dalam bentuk yang lain tanpa kita sedar.

Konteks rezeki ini luas dan bukan sahaja ia datang dalam bentuk duit atau sumber pendapatan. Boleh jadi rezeki yang kita terima itu dalam bentuk tahap kesihatan diri kita, kebahagiaan keluarga dan sebagainya.

Advertisement

4 years ago

Penceramah Terkenal Cari Rezeki Jadi 'Rider' Penghantar Makanan

Kita juga di didik untuk tidak melakukan sesuatu dengan harapan supaya kita mendapat balasan yang sama. Kita perlu yakin yang rezeki akan sampai juga kepada kita tanpa kita sedari dan segala perbuatan yang kita lakukan perlu dengan niat yang ikhlas.

Kata orang, jika hari ini kita tolong orang, mungkin esok atau lusa orang akan membalas semula kebaikan kita itu. Hidup ini umpama roda, kadangkala kita di atas dan kadangkala kita di bawah.

Seorang rider foodpanda mendapat tawaran untuk dibelanja set KFC ketika sedang ambil order customer

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video oleh pengguna bernama pandaterbang.my yang merupakan seorang rider foodpanda memaparkan satu insiden ketika dia singgah di KFC untuk mengambil pesanan pelanggannya.

Namun, dia kemudian ditahan oleh seorang wanita tidak dikenalinya secara tiba-tiba sebaik sahaja dia ingin beredar dari situ. Apa yang membuatkan penonton video berkenaan sebak adalah apabila wanita tersebut sebenarnya ingin membelanjanya satu set KFC.

Tambah pemuda itu dalam video tersebut, dia termenung jauh dan berasa terharu ketika sedang menunggu wanita tersebut membelikannya makanan. Kebaikan wanita tersebut sangat menyentuh perasaannya.

Selesai sahaja membeli makanan, wanita tersebut menghulurkan makanan itu kepadanya lantas mengatakan kepada pemuda tersebut untuk mendoakan anaknya apabila berkali-kali pemuda itu mengucapkan terima kasih.

Lebih menyentuh hati apabila mendengar wanita tersebut meminta supaya mendoakan anaknya kerana anaknya sedang sakit. Pemuda itu tidak sempat bertanya akan penyakit yang dihidap oleh anak wanita tersebut namun dia mendoakan semoga anak wanita itu sembuh.

“Usaha seorang ibu untuk kesihatan anak dia.. sedih weh”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 345.7 ribu tontonan, 56.1 ribu like dan 587 komen. Rata-rata netizen berasa sebak apabila melihat kebaikan wanita dalam video tersebut.

Ada juga yang berkata mungkin itu rezeki rider foodpanda tersebut kerana sebelum ini dia pernah membelanja customernya yang sedang kuarantin.

Komen netizen tentang wanita belanja rider foodpanda

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Komen netizen tentang wanita belanja rider foodpanda

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang mengagumi kebaikan wanita tersebut demi kesihatan anaknya dan mendoakan supaya anak wanita itu diberikan kesembuhan.

Apa-apa pun, sama-sama kita doakan semoga bertambah rezeki pemuda dan wanita tersebut serta semoga anak wanita itu sembuh daripada penyakit yang dihidapnya dan kembali sihat seperti sedia kala.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...