Tidak dinafikan, pasti ramai yang tahu tentang restoran makanan segera dengan nama yang cukup besar iaitu KFC kan? Tipu lah kalau ada yang tidak tahu. KFC boleh dikatakan antara restoran makanan segera yang sering dikunjungi oleh ramai orang.
Bila sebut sahaja tentang restoran makanan segera KFC ini, tentunya ramai yang akan terbayangkan keenakan ayam gorengnya yang menjadi kegemaran ramai. Kebiasaannya, pelanggan yang mengunjungi KFC adalah sememangnya kerana ingin makan ayam gorengnya.
Namun, kalau makan ayam goreng sahaja pasti tidak mengenyangkan kan? Lain lah kalau kita makan ayam goreng tersebut dalam kuantiti yang banyak.
Sebagai rakyat Malaysia, kita sememangnya memerlukan nasi setiap kali kita makan supaya lebih kenyang tetapi set ayam goreng di KFC bersama dengan nasi adalah lebih mahal daripada set ayam goreng sahaja.
Seorang lelaki dengan selambanya membawa periuk nasi dalam KFC yang disimpan dalam begnya
Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama tengkuhahaha yang memaparkan gelagat sekumpulan lelaki semasa berada di restoran makanan segera KFC.
Dalam perkongsian video tersebut, sekumpulan lelaki itu dilihat berada di dalam restoran makanan segera KFC bersama-sama makanan yang sudah siap dipesan oleh mereka.
Apa yang membuatkan ramai penonton perkongsian video tersebut adalah apabila tidak lama kemudian, salah seorang daripada mereka bertindak mengeluarkan periuk nasi dari beg yang dibawanya.
Lebih melucukan kerana mereka turut memerhatikan keadaan di sekeliling, mungkin bimbang gelagat mereka itu ‘kantoi’ dengan pekerja di situ. Lelaki itu kemudiannya mula mengagihkan nasi tersebut kepada rakan-rakannya sambil cuba menahan ketawa.
“Buat open house ke ni dik? Nak join“
Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 3.2 juta tontonan, 486.9 ribu tanda like dan 21.9 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat selamba mereka membawa periuk nasi masuk ke dalam KFC.
Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman yang sama dan pernah melakukan perkara sebegitu ketika zaman belajar bersama rakan-rakan rumahnya.
Ada juga yang berseloroh mengatakan habis lah mereka selepas itu apabila ibunya mencari periuk nasinya yang hilang secara tiba-tiba.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara