Sejak penularan wabak Covid-19, sistem penghantaran makanan mendapat permintaan yang tinggi kerana ia adalah salah satu cara untuk mengelakkan peningkatan jangkitan virus.
Secara tidak langsung, cara ini boleh membantu rider-rider di luar sana yang ingin mencari sumber pendapatan dan disebabkan permintaan tinggi ini, peningkatan jumlah rider juga meningkat secara drastik.
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @anasmansor99 telah memuat naik satu video di mana dia sedang menghantar pesanan yang dipesan oleh pelanggannya.
Apa yang lucunya adalah, rider berkenaan menuruti permintaan khas yang dibuat oleh pelanggan yang mahukan dia meletakkan makanan yang dipesan di rak yang disediakan di hadapan pintu.
Di dalam pesanan tersebut juga memaklumkan selepas dia meletakkan makanan di atas rak, dia hanya perlu mengetuk pintu dan terus berlari.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati, ada netizen yang beranggapan mungkin pelanggan berkenaan sedang menjalani kuarantin dan tidak mahu rider tersebut dijangkiti wabak Covid-19.
Selain itu, ada juga netizen yang mengatakan abang rider ini sanggup meletakkan kamera dan membuat lakonan semula demi menghasilkan sebuah konten.
Apa-apa pun, gelagat abang rider ini mendapat komen positif daripada warga netizen kerana sanggup melayan kerenah pelanggan dan berusaha keras dalam menjalankan tugas sehingga menghiburkan orang ramai.
Pendapat anda? Kongsikan bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara.