(VIDEO) Rider Tak Sangka Ini Respon Tuan Rumah Lepas Minta Izin ‘Main’ Trampolin Di Halaman Rumahnya

Trending

(VIDEO) Rider Tak Sangka Ini Respon Tuan Rumah Lepas Minta Izin ‘Main’ Trampolin Di Halaman Rumahnya

Bekerja sebagai penghantar makanan akan berhadapan dengan pelbagai ragam pelanggan, tak kisah dari sudut yang positif mahupun negatif. Dapat pelanggan yang baik dan sporting juga merupakan satu rezeki kerana ianya boleh bagi lebih semangat untuk rider meneruskan pekerjaan.

Macam yang berlaku oleh seorang pengguna TikTok menerusi akaun @Sharil.b, dia berkongsi satu video yang dirakam melalui kamera GoPro miliknya dimana pengalamannya bertemu dengan seorang pelanggan.

Advertisement

Kelihatan menerusi video berkenaan, pelanggannya ada memberi sedikit upah kepadanya dan dia menyedari ada sebuah trampolin di rumah pelanggan tersebut. Dengan spontan dia meminta izin kepada tuan rumah untuk dia bermain di trampoiin itu.

“Takpe kalau saya lompat dekat trampolin tu sekejap”

“Serius? Tapi kenapa”

“Saja untuk suka-suka”

Tanpa teragak-agak, tuan rumah berkenaan langsung membenarkan rider tersebut  masuk ke halaman rumahnya untuk bermain trampolin.

Memang betul-betul sporting tuan rumah ni ya.

Boleh dilihat rider tersebut gembira sebab dapat masuk dan bermain di trampolin itu. Sebelum bergerak pulang dia tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada pemilik rumah berkenaan.

Mungkin rider ni nak hiburkan diri sekejap sebab tu dia minta izin dengan tuan rumah untuk lompat atas trampolin di halaman rumah.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...