Gelagat Lucu Gadis Hilang Kawalan Ketika Naik Flying Fox

Trending

Gelagat Lucu Gadis Hilang Kawalan Ketika Naik Flying Fox

Seperti yang kita tahu, aktiviti outdoor kian mendapat perhatian dan menjadi kegemaran serta kegilaan orang ramai zaman sekarang ini. Lebih-lebih lagi untuk golongan anak muda. Aktiviti outdoor ini termasuklah aktiviti mendaki bukit, berkhemah, mandi sungai, bermain flying fox dan macam-macam lagi.

Boleh dikatakan, ramai golongan muda yang lebih cenderung dan minat terhadap aktiviti outdoor ini kerana mereka ini selalunya terdedah untuk mencuba perkara baru dan merasa seronok apabila melakukan aktiviti di luar.

Advertisement

3 years ago

Lucu, Lelaki Tergolek Ke Belakang Masa Rakan Ambil Gambar

Lebih-lebih lagi sekarang ini, negeri dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) telah diberikan kelonggaran dan kebenaran oleh kerajaan untuk kembali melakukan aktiviti outdoor dengan syarat individu tersebut sudah lengkap dua dos suntikan vaksin.

Gadis hilang kawalan ketika menaiki flying fox sehingga tersepak seorang pakcik

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama @peas.tachio yang memaparkan seorang gadis hilang kawalan semasa menaiki flying fox.

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang seronok menaiki flying fox di sebuah tempat rekreasi sambil aksinya itu dirakam oleh ahli keluarganya.

Apa yang membuatkan penonton terhibur melihat perkongsian video tersebut adalah apabila gadis itu dilihat hilang kawalan semasa dia sampai di penghujung tali flying fox tersebut.

Lebih melucukan, kaki gadis itu dilihat telah tersepak salah seorang pakcik yang bertugas di situ disebabkan dia yang sudah hilang kawalan. Pakcik itu dilihat jatuh melompat akibat sepakan gadis tersebut.

“Hahaha jangan sampai pakcik tu merajuk tak nak tarik awak haaa”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 244.8 ribu tontonan, 33.7 ribu tanda like dan 1.2 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat gadis tersebut.

Gadis main flying fox

Gadis main flying fox Gadis main flying fox Gadis main flying fox Gadis main flying fox Gadis main flying fox Gadis main flying fox

Gadis main flying fox

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang berseloroh kepada gadis tersebut dengan mengatakan yang itu bukan flying fox tetapi lebih kepada flying kick. Tidak kurang yang simpati kepada pakcik tersebut yang tidak sempat untuk cover macho selepas disepak oleh gadis itu.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...