Lucu, Lelaki Tergolek Ke Belakang Masa Rakan Ambil Gambar

Trending

Lucu, Lelaki Tergolek Ke Belakang Masa Rakan Ambil Gambar

Seperti yang kita tahu, aktiviti outdoor seperti mendaki bukit dan mandi manda di sungai atau air terjun boleh diibaratkan seperti sudah menjadi satu trend sejak kebelakangan ini. Banyak lokasi untuk melakukan aktiviti outdoor ini semakin pesat dibanjiri oleh orang ramai.

Aktiviti outdoor ini juga semakin mendapat perhatian orang ramai selepas kerajaan mengumumkan kelonggaran yang diberikan kepada individu dalam negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Disebabkan itu, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk melakukan aktiviti outdoor ini.

Advertisement

3 years ago

Ramai Kagum Lihat Aksi Nenek Hiking Pakai Jubah & Selipar

Boleh dikatakan, ramai golongan muda yang lebih cenderung dan minat terhadap aktiviti outdoor ini kerana mereka ini selalunya terdedah untuk mencuba perkara baru serta merasa seronok apabila melakukan aktiviti di luar. Namun, golongan yang lebih berumur juga banyak yang dilihat tidak melepaskan peluang ini.

Gelagat seorang lelaki tergolek ke belakang kerana terlalu teruja

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama @dracoloco_ yang memaparkan seorang lelaki jatuh tergolek ke belakang gara-gara terlalu teruja untuk bergambar ketika melakukan aktiviti hiking bersama rakan-rakannya.

Dalam perkongsian video tersebut, sekumpulan lelaki itu dilihat sedang dalam perjalanan menuruni bukit semasa salah seorang daripada mereka cuba merakam video. Lelaki itu kemudiannya berpaling ke belakang sambil menunjukkan reaksi teruja untuk merakamkan gambarnya.

Apa yang membuatkan ramai penonton merasa terhibur dengan perkongsian video tersebut adalah apabila lelaki itu tidak semena-mena tergolek ke belakang gara-gara tidak dapat mengawal dirinya.

Lebih melucukan, rakannya yang sedang merakamkan video tersebut turut sama terkejut sebelum akhirnya ketawa apabila melihat lelaki itu yang sudah terbaring dan menahan malu.

Rakan-rakannya yang lain turut sama berdekah melihat lelaki itu sebelum mereka membantunya untuk bangun. Lelaki itu tidak lagi berpaling menghadap kamera selepas kejadian dirinya jatuh tergolek itu, mungkin kerana berasa malu.

“Sakit 5%, 95% lagi malu hahahaha”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 384 ribu tontonan, 57.6 ribu tanda like dan 1.5 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat reaksi rakan-rakan lelaki itu semasa melihat dia tergolek.

Lelaki jatuh tergolek ke belakang

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Lelaki jatuh tergolek ke belakang

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ada juga yang mengatakan disebabkan itu lah kita dilarang untuk berasa terlalu teruja kerana sesuatu yang buruk pasti akan berlaku selepas itu.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...