Gelagat Lucu Budak Lelaki Kena Tepuk Dengan Ayah Masa Solat

Trending

Gelagat Lucu Budak Lelaki Kena Tepuk Dengan Ayah Masa Solat

Tidak dinafikan, setiap keluarga pastinya mahukan keluarga yang bahagia dan harmoni kan? Tetapi, anda tahu tak bagaimana untuk menjadikan keluarga kita bahagia? Salah satu rahsia untuk mendapatkan kebahagiaan dan keharmonian dalam keluarga adalah melalui solat berjemaah.

Seperti yang kita tahu, terdapat segelintir pasangan yang sibuk dan leka dengan kehidupan dunia sehingga mengabaikan perintah solat. Kalau suami, isteri dan anak-anak menjaga kefarduan solat terutamanya solat berjemaah, hubungan yang terjalin pastinya semakin erat dan ampuh.

Advertisement

3 years ago

Ragam Kanak-Kanak Kacau Ayahnya Solat Buat Netizen Ketawa

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak supaya tahu dan rajin untuk solat berjemaah. Namun, bila kita imbau kembali masa zaman kecil dulu, kita memang mempunyai sifat nakal dan tidak boleh fokus semasa solat. Lebih-lebih lagi, jika solat dengan adik-beradik atau rakan-rakan yang suka mengacau. Betul tak?

Borak dengan abang semasa solat berjemaah, sekali kena ‘tepuk’ dengan ayah

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama potatocarut yang memaparkan gelagat seorang budak lelaki ditepuk oleh ayahnya semasa solat berjemaah.


Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan sebuah keluarga sedang solat berjemaah di ruang tamu rumah mereka. Apa yang menarik perhatian penonton perkongsian video tersebut adalah apabila dua adik-beradik lelaki dilihat rancak berbual dan usik mengusik sehinggakan mereka tidak boleh fokus untuk solat.

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila ayahnya kemudian bertindak menepuk budak lelaki tersebut sebagai tanda marah dan tanda supaya dia berhenti berbual dengan abangnya. Budak lelaki itu dilihat terus berdiam dan kelihatan seperti ingin menangis.

Lebih melucukan, dua orang kakak budak lelaki tersebut yang berada di saf belakang dilihat terbatal dari solat mereka dan ketawa selepas kejadian budak lelaki itu ditepuk oleh ayah mereka.

“Siapa suruh duduk sebelah ayah hahaha”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 1.4 juta tontonan, 128.4 ribu tanda like dan 2.3 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat budak lelaki tersebut yang ditepuk oleh ayahnya.

Kanak-kanak ditepuk ayah ketika solat berjemaah Kanak-kanak ditepuk ayah ketika solat berjemaah Kanak-kanak ditepuk ayah ketika solat berjemaah Kanak-kanak ditepuk ayah ketika solat berjemaah Kanak-kanak ditepuk ayah ketika solat berjemaah Kanak-kanak ditepuk ayah ketika solat berjemaah Kanak-kanak ditepuk ayah ketika solat berjemaah

Kanak-kanak ditepuk ayah ketika solat berjemaah

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ada juga yang sempat berkongsi mempunyai pengalaman yang hampir sama dengan budak lelaki tersebut. Tidak kurang juga yang mengatakan jika situasi tersebut berlaku semasa ayahnya menjadi imam, ayahnya akan menguatkan bacaan dalam solat untuk menegur.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...