Seperti yang kita tahu, kerajaan kini sudah memberikan kemudahan kepada rakyat Malaysia dan membenarkan kembali aktivti outdoor seperti hiking dan mandi sungai atau air terjun untuk dilakukan semula.
Namun, individu yang berhasrat untuk melakukan aktiviti outdoor tersebut perlulah mendapat suntikan vaksin penuh. Ia adalah sebahagian daripada kelonggaran yang diumumkan oleh kerajaan bagi negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Tidak dinafikan, kelonggaran tersebut sememangnya merupakan berita baik kepada penggemar aktivti outdoor, lebih-lebih lagi golongan anak muda kerana mereka inilah yang selalu terdedah untuk mencuba pelbagai perkara baru serta merasa seronok apabila melakukan aktiviti di luar.
Rakan lebih risaukan ayam goreng daripada member yang tergelincir di air terjun
Baru-baru ini tular di laman media sosial TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna yang memaparkan gelagat seorang lelaki ketika sedang mandi air terjun bersama rakan-rakannya.
Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan sekumpulan lelaki sedang bermandi manda di satu kawasan air terjun sambil menikmati sarapan mereka di atas batu-batu dalam sungai tersebut.
Apa yang menghiburkan ramai penonton perkongsian video tersebut adalah apabila seorang lelaki dilihat tergelincir lalu terjatuh ke dalam air sungai sewaktu dia ingin menuju kearah rakannya membawa ayam goreng ditangan.
Lebih melucukan, rakannya yang merakam video tersebut lebih risaukan ayam goreng yang dibawa rakannya itu daripada rakannya yang terjatuh ke dalam air sungai. Siap menjerit “aduh, ayam goreng aku” tu!
“Yang penting sekarang ayam dulu baru kawan hahaha”
Setakat ini, perkongsian tersebut telah mendapat sebanyak 1.2 juta tontonan, 134.3 ribu tanda like dan 6.5 ribu komen. Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat rakan lelaki tersebut yang lebih mementingkan ayam goreng daripada rakannya yang tergelincir.
Ramai juga yang berseloroh bertanyakan keadaan ayam goreng yang turut jatuh ke dalam air sungai bersama lelaki tersebut dan mengatakan sekarang ini ayam lebih penting daripada kawan.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara