Gelagat Kanak-Kanak Ini Buat Ramai Netizen Terhibur

Trending

Gelagat Kanak-Kanak Ini Buat Ramai Netizen Terhibur

Tidak dinafikan, kanak-kanak sememangnya mempunyai perangai mereka yang tersendiri dan pastinya banyak tenaga perlu digunakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah untuk melayan karenah mereka yang pelbagai ragam.

Namun, telatah kanak-kanak ini apabila semakin membesar tentunya sangat mencuit hati memandangkan mereka masih lagi naif dan sangat jujur apabila berkata-kata. Kadangkala, mereka lah yang menjadi teman borak para ibu bapa betul tak?

Advertisement

3 bulan lalu

Kanak-Kanak Jual Lukisan Di Depan Rumah Buat Netizen Kagum

Bukan sahaja dapat menghiburkan hati, kanak-kanak juga boleh belajar bercakap dengan pantas sekiranya ibu bapa melayan mereka berborak. Disebabkan itu, banyak yang kita lihat kanak-kanak mempunyai cara percakapan yang sama seperti ibu bapanya. Kata orang, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Kanak-kanak berborak dengan ayah, siap ajak ayah buat TikTok

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama yaya_translator yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan bernama Yaya sedang berborak dengan ayahnya.

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan kanak-kanak itu sedang berada di dalam kereta bersama ayahnya sambil bermain telefon mainannya di tangan.

Advertisement

Dia kemudian mengajak ayahnya untuk membuat TikTok dan membuatkan si ayah ketawa kerana cara menyebut perkataan itu berbunyi pekat loghat Kedah iaitu ‘TiqToq’.

Bukan itu sahaja, bermacam-macam lagi perkara yang dibualkan oleh kanak-kanak tersebut dengan ayahnya sehingga ramai penonton perkongsian video tersebut sehingga habis kerana tidak puas melihat kecomelan kanak-kanak itu.

“Hahaha dia tanya nak buat tiktoq tak? Padahal dia tak tahu, selalu fyp video-video dia”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 515.6 ribu tontonan, 51.7 ribu tanda like dan 1.1 ribu komen. Rata-rata netizen turut cair melihat kanak-kanak tersebut yang petah bercakap dan berborak dengan ayahnya.

Kanak-kanak ajak ayah buat tiktok

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Kanak-kanak ajak ayah buat tiktok

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang memuji kanak-kanak tersebut kerana terlalu comel dan pandai.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...