Kanak-Kanak Jual Lukisan Di Depan Rumah Buat Netizen Kagum

Trending

Kanak-Kanak Jual Lukisan Di Depan Rumah Buat Netizen Kagum

Tidak dinafikan, pastinya ada ibu bapa yang risau akan perkembangan akademik anak-anak kerana terpaksa melalui sesi pembelajaran secara online di rumah disebabkan penularan wabak pandemik Covid-19 yang masih belum pulih sepenuhnya.

Ya lah mana tidaknya, suasana pembelajaran apabila di rumah ini tidak sama dengan di sekolah. Ini adalah kerana, lebih banyak gangguan apabila sesi pembelajaran dilakukan di rumah seperti lebih selesa untuk bermain, tidur dan bermacam-macam lagi.

Advertisement

5 bulan lalu

Ingatkan Guna Telefon Untuk Belajar, Ibu Terkejut Anak Habiskan RM2,600 Beli ‘Game’ Online

Namun, tidak semua perkara mengenai sesi pembelajaran di rumah ini adalah negatif. Secara tidak langsung, ibu bapa sebenarnya lebih rapat untuk membantu anak-anak belajar dan inilah saatnya untuk tahu bakat atau skil yang ada pada anak-anak.

Kesungguhan kanak-kanak ingin jual lukisan, ayah tunaikan hasrat dengan membuka kedai di depan rumah

Baru-baru ini di laman media sosial Facebook, sebuah perkongsian daripada seorang pengguna bernama Fadhil Zainuddin yang berkongsi beberapa gambar anaknya ketika menjual lukisan di depan rumah.

Dalam perkongsian tersebut, lelaki itu mengatakan yang dia hanya menuruti permintaan anak sulungnya yang begitu bersungguh ingin membuka kedai untuk menjual lukisannya.

Advertisement

Dek kerana tidak mahu anaknya itu patah semangat, lelaki tersebut kemudian menyediakan tempat di depan rumah untuk anak sulungnya itu menjual lukisannya.

Dia kemudiannya membiarkan anaknya itu bersendiri bersama adiknya untuk melihat mereka cuba menjual lukisan tersebut. Namun, apa yang mengejutkan lelaki itu adalah apabila kesemua 6 lukisan mereka habis dijual.

Tambah lelaki itu, isterinya sudah mulai pening kerana kanak-kanak tersebut mahu meneruskan jualan lukisannya. Lebih melucukan kerana si ibu juga pada mulanya mengingatkan tiada orang yang akan membeli lukisan anaknya itu.

“Abang doakan adik-adik berjaya suatu hari nanti, jadi kebanggaan ibu bapa”

Setakat ini, perkongsian tersebut telah mendapat sebanyak 1.2 ribu tanda like, 273 komen dan 404 shares. Rata-rata netizen turut merasa kagum dan bangga melihat kesungguhan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut untuk menjual lukisannya.

Kanak-kanak jual lukisan

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via Facebook Fadhil Zainuddin

 

Kanak-kanak jual lukisan

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via Facebook Fadhil Zainuddin

Ada juga yang mendoakan semoga kanak-kanak tersebut menjadi seorang usahawan yang berjaya pada masa akan datang. Tidak kurang juga yang berseloroh bertanya jika mereka ada membuat delivery ke rumah kepada pembeli lukisannya itu.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...