Gelagat Dua Pemuda Yang Ditahan Polis Buat Netizen Terhibur

Trending

Gelagat Dua Pemuda Yang Ditahan Polis Buat Netizen Terhibur

Sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah bersetuju untuk memberikan kemudahan-kemudahan tambahan sektor sosial dan ekonomi kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap bagi negeri-negeri di Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan dipantau oleh pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

3 years ago

Tular Experiment 'Dine In', Komen Balas Lelaki Ini Raih Perhatian

Advertisement

Antara kemudahan tersebut termasuklah kebenaran rentas daerah dan negeri bagi pasangan suami isteri jarak jauh, aktiviti dine in di premis makanan dan sebagainya.

Namun begitu, pergerakan rentas daerah dalam kawasan PPN dan rentas negeri lain tanpa kebenaran pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) adalah tidak dibenarkan.

Individu yang memerlukan untuk bekerja di pejabat perlu mempunyai surat khas PPN daripada majikan yang telah disahkan oleh pihak polis.

Dua pemuda ucap tahniah kepada pegawai polis yang menahan mereka kerana menjalankan tugas dengan baik

Tular baru-baru ini di laman TikTok, sebuah perkongsian video oleh seorang pengguna bernama adwafiq yang memaparkan gelagat dua orang pemuda bersama seorang pegawai polis.

Dalam perkongsian video tersebut, pemuda itu bersama rakannya telah ditahan oleh pegawai polis dalam satu sekatan jalan raya kerana tidak mempunyai surat khas PPN daripada majikan mereka.

Namun, apa yang menghiburkan ramai penonton perkongsian video tersebut adalah apabila reaksi mereka berdua dilihat sangat ‘sempoi’ walaupun sudah ditahan oleh pegawai polis tersebut.

Mereka juga dilihat memuji pegawai polis itu kerana menjalankan tugasnya dengan baik. Nampak macam bersyukur kena tahan pun ada kerana pemuda tersebut sempat mengucapkan ‘alhamdulillah’ dalam video tersebut.

Lebih menarik perhatian ramai, pegawai polis tersebut juga kelihatan sangat sporting apabila membenarkan mereka berdua merakam video tersebut dengannya. Walaupun memakai pelitup muka, kita dapat lihat yang pegawai polis tersebut sedang tersenyum.

“Bersyukur betul kena saman”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 578.8 ribu tontonan, 89.9 ribu like dan 795 komen. Rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat dua pemuda yang ditahan oleh pegawai polis tersebut.

Ramai juga yang berseloroh mengatakan kemungkinan pegawai polis tersebut merupakan member mereka disebabkan gelagat ‘sempoi’ mereka berdua itu.

Komen tiktok tentang dua pemuda yang ditahan polis

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Komen tiktok tentang dua pemuda yang ditahan polis

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Lebih melucukan, ada juga yang mengatakan ini merupakan pertama kali mereka melihat orang yang bersyukur apabila ditahan dan disaman oleh pegawai polis.

Tidak kurang juga, ramai yang terpikat dengan pegawai polis tersebut dan terhibur apabila dia sekadar senyum di dalam perkongsian video itu.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...